Monday, November 22, 2010

Esok hari tua...

Tak sabar nak masuk kategori org2 yang dah cukup umur...hahha... Alhamdulillah, diizinkan menghirup udara di muka bumi Allah ini pada hari Khamis, 23 november 1989...bersamaan 24 rabiulakhir 1410 hijrah..

Rabiul Akhir adalah bulan keempat mengikut kalendar Islam. Rabiul akhir juga dikenali sebagai "Rabius Thani" ertinya musim bunga yang kedua.
Amalan-amalan sunat di bulan Rabiul Akhir adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Rabiul Akhir yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Semoga saya mampu memperbaiki amalan, memandangkan keadaan usia yang semakin meningkat dan berkurangnya tempoh masa menghirup udara di bumi Allah in...aminnn... 

1 comment: